Malaysia legislation

Section 25

of AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977

Seksyen 25

Undang-Undang Malaysia 14

(2)

Jika seseorang pekerja yang telah bersara dengan pencen daripada perkhidmatan mati dalam tempoh dua belas tahun setengah dari tarikh persaraannya, Menteri boleh memberi balunya atau balu dan anaknya yang belum dewasa atau anaknya yang belum dewasa pencen terbitan yang amaunnya sama banyak dengan pencen yang telah dibayar atau yang kena dibayar kepada persara itu kerana persaraannya, selama tempoh tidak lebih daripada perbezaan di antara tempoh dua belas tahun setengah dengan tempoh pencen telah dibayar atau kena dibayar kepada persara itu.

(3)

Jika pencen terbitan diberikan di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang tanggungan berkenaan dengan kematian seseorang pekerja pencen yang diberikan sedemikian hendaklah mengambil kira pampasan yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan pampasan pekerja atau faedah keselamatan sosial lain.

(4)

Jika seseorang orang tanggungan yang tidak berhak mendapat pampasan pekerja atau faedah keselamatan sosial itu adalah layak untuk memilih sama ada menerima pencen terbitan di bawah seksyen ini atau menerima pencen atau elaun di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa, pemberian pencen terbitan di bawah seksyen ini oleh Menteri hendaklah hanya ditentukan jika orang tanggungan itu memilih untuk melepaskan

Kumpulan Wang Persaraan Pihak-pihak

Berkuasa Berkanun dan Tempatan 15

pembayaran pencen atau elaun di bawah undang-undang bertulis sedemikian yang berkuat kuasa.

(5)

Seseorang balu yang berkenaan dengannya pencen terbitan diberikan di bawah seksyen ini tidak lagi layak untuk menerima pencen itu apabila ia berkahwin semula.

(6)

Seseorang anak yang belum dewasa yang berkenaan dengannya pencen terbitan diberikan di bawah seksyen ini tidak lagi layak menerima pencen itu apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun atau apabila ia berkahwin di bawah umur lapan belas tahun.

Section 25 — AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977