Malaysia legislation
Section 26
of AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977
Seksyen 26
Sesuatu pihak berkuasa yang berkenaan boleh menghendaki seseorang pekerja bersara daripada perkhidmatan pihak berkuasa itu—
(a)
apabila ia mencapai umur *lima puluh lima tahun;
(b)
berdasarkan keterangan doktor yang boleh diterima oleh pihak berkuasa yang berkenaan bahawa ia tidak berupaya menunaikan kewajipan jawatannya, disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal;
(c)
apabila jawatannya dihapuskan;
(d)
apabila ditamatkan pekerjaannya demi kepentingan awam;
atau
(e)
bagi maksud supaya organisasi pihak berkuasa berkanun atau tempatan di mana ia bekerja itu mudah diperbaiki dan dengan itu terhasil kecekapan atau keekonomian yang lebih lagi.