Malaysia legislation

Section 2

of AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977

Seksyen 2

Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“faedah persaraan” ertinya sesuatu award atau pemberian yang kena dibayar di bawah Akta ini;

“gaji” ertinya gaji bulanan termasuklah apa-apa elaun berpencen yang kena dibayar menurut tangga gaji skim baru;

Undang-Undang Malaysia 6

“gaji yang akhir diterima” ertinya gaji bulanan yang akhir diterima mengikut tangga gaji skim baru;

“majikan” ertinya sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pencen;

“pekerja” ertinya seseorang yang bekerja dengan sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan dan yang oleh sebab opsennya adalah terikat oleh skim baru atau yang dilantik di bawah skim baru;

“pekerja berpencen” ertinya seseorang pekerja yang telah dimasukkan dalam perjawatan berpencen atau yang disifatkan sebagai telah dimasukkan sedemikian;

“perkhidmatan” ertinya perkhidmatan dalam jawatan sivil dengan

Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau dengan mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan;

“pihak berkuasa berkanun atau tempatan” ertinya sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan dalam ruang lingkup skim baru;

“pihak berkuasa pencen” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya;

“pihak berkuasa yang berkenaan” ertinya pihak berkuasa pencen atau badan pengurus sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan;

“skim baru” ertinya gaji dan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang telah dipinda bagi pekerja pihak berkuasa berkanun dan tempatan menurut syor Suruhanjaya Diraja yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong [P.U. (B) 202/1971].