Malaysia legislation

Section 31

of AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977

Seksyen 31

Tindakan yang lalu

Tindakan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Kumpulan Wang dalam menyediakan dan bagi melaksanakan dengan sewajarnya mana-mana peruntukan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya pada menjangkakan perisytiharan Akta ini hendaklah disifatkan telah diberi kuasa oleh Akta ini; dan semua hak dan obligasi yang diperoleh atau dikenakan bagi pihak Kumpulan Wang daripada apa-apa jua yang dibuat sedemikian atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai hak dan obligasi Kumpulan Wang.

Kumpulan Wang Persaraan Pihak-pihak

Berkuasa Berkanun dan Tempatan 17