Malaysia legislation

Section 2

of AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979

Seksyen 2

(2)

Dengan tidak menyentuh keluasan kuasa yang diberi oleh subseksyen di atas, Peraturan-peraturan Perlu, setakat mana yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong adalah perlu atau suai manfaat bagi mana-mana daripada maksud yang disebut dalam subseksyen itu, boleh—

(a)

membuat peruntukan bagi menangkap, membicara dan menghukum orang yang melanggar peraturan-peraturan itu, dan bagi menahan, menyingkir dan membuang negeri orang yang pada pendapat Menteri Dalam Negeri adalah suai manfaat ditahan, disingkir atau dibuang negeri demi kepentingan keselamatan awam atau pertahanan Malaysia;

(b)

mengadakan kesalahan dan menetapkan penalti (termasuk hukuman mati) yang boleh dikenakan bagi apa-apa kesalahan terhadap mana-mana undang-undang bertulis (termasuk peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini);

(c)

membuat peruntukan mengenai perbicaraan orang yang melakukan apa-apa kesalahan terhadap peraturan-peraturan itu oleh mana-mana mahkamah sebagaimana dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu;

(d)

membuat peruntukan khas mengenai tatacara (termasuk perbicaraan secara tertutup) dalam kes civil atau jenayah dan mengenai undang-undang yang mengawal keterangan, bukti dan tanggungan civil dan jenayah;

(e)

membuat peruntukan bagi mengawal orang asing;

(f)

membuat peruntukan bagi mengarah dan mengawal pelaksanaan perkhidmatan oleh seseorang;

(g)

membenarkan—

(ii)

apa-apa harta kecuali tanah diambil bagi pihak Kerajaan Malaysia;

(h)

membenarkan mana-mana premis dimasuki dan digeledah;

(i)

menetapkan fi atau bayaran lain;

(i)

apa-apa harta atau usaha diambil milik, dikawal, dilucut hak atau dilupus bagi pihak Kerajaan Malaysia;

(j)

membuat peruntukan bagi meminda mana-mana undang-undang bertulis, menggantung perjalanan kuat kuasa mana-mana undang-undang bertulis dan bagi memakai mana-mana undang-undang bertulis dengan atau tanpa pengubahsuaian;

(k)

membuat peruntukan bagi mengawal pengkalan, pelabuhan dan perairan wilayah mana-mana Negeri dalam Malaysia dan pergerakan vesel;

(l)

membuat peruntukan mengenai pengangkutan melalui darat, atau air, dan mengawal pengangkutan dan pergerakan orang, binatang dan benda;

(m)

membuat peruntukan mengenai perdagangan, penyimpanan barang-barang, pengeksportan, pengimportan, pengeluaran dan perkilangan;

(n)

membuat peruntukan bagi membekal dan membahagibahagi makanan, air, bahan api, lampu, dan keperluan lain;

(o)

membuat peruntukan mengenai apa-apa perkara lain yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong peraturan-peraturan perlu dibuat demi kepentingan awam.

(3)

Peraturan-peraturan Perlu boleh membuat peruntukan bagi memberi kuasa kepada mana-mana pihak berkuasa, orang atau golongan orang sebagaimana dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu untuk membuat perintah, kaedah-kaedah dan undang-undang kecil bagi mana-mana daripada maksud yang peraturan-peraturan itu dibenarkan dibuat oleh Akta ini, dan boleh mengandungi apaapa peruntukan sampingan dan tambahan yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong adalah perlu atau suai manfaat bagi maksud peraturan-peraturan itu.

(4)

Sesuatu Peraturan Perlu, dan apa-apa perintah, kaedah, atau undang-undang kecil yang dibuat dengan sewajarnya menurut peraturan itu hendaklah berkuat kuasa walaupun ada apa-apa peruntukan yang tidak bersesuaian dengannya yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, termasuk Perlembagaan atau Perlembagaan mana-mana Negeri, selain dari Akta ini atau, dalam mana-mana surat cara yang berkuat kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis selain dari Akta ini.

Perjalanan kuat kuasa Peraturan-peraturan Perlu di luar negeri