Malaysia legislation

Section 3

of AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979

Seksyen 3

Melainkan jika terdapat maksud yang bertentangan darinya, apa-apa peruntukan yang terkandung dalam, atau berkuat kuasa di bawah, mana-mana Peraturan Perlu hendaklah—

(a)

setakat mana peruntukan itu dengan tertentu mengenakan larangan, sekatan atau tanggungan berhubung dengan kapal, vesel atau pesawat udara atau dengan tertentu membenarkan sesuatu dilakukan berhubung dengan kapal, vesel atau pesawat udara, dipakai bagi semua kapal, vesel atau pesawat udara dalam atau di angkasa Malaysia dan bagi semua kapal atau pesawat udara yang didaftarkan dalam Malaysia, di mana jua ia berada; dan

(b)

setakat mana peruntukan itu mengenakan larangan, sekatan atau tanggungan ke atas orang, terpakai bagi semua orang dalam Malaysia dan semua orang dalam manamana kapal atau pesawat udara yang didaftarkan dalam Malaysia, dan bagi semua warganegara:

Dengan syarat bahawa Peraturan-peraturan Perlu boleh membuat peruntukan supaya pemunya, pengurus atau pencarter mana-mana kapal atau pesawat udara yang didaftarkan dalam Malaysia (iaitu seorang yang bermastautin di Malaysia atau suatu perbadanan yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia) dikenakan sekatan mengenai pengambilan kerja orang di mana-mana negeri atau wilayah berkenaan dengan pengurusan kapal atau pesawat udara itu.

Bukti surat cara