Malaysia legislation

Section 5

of AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979

Seksyen 5

Melepas tanggungan pegawai awam dan orang lain yang tertentu

Tiada apa jua tindakan, pendakwaan atau prosiding undang-undang lain boleh dibawa, dijalan atau disenggara dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana pegawai awam sama ada atas sifat dirinya sendiri atau atas sifat jawatannya bagi atau oleh kerana atau mengenai apa-apa perbuatan yang diperintah atau dilakukan olehnya atau berupa sebagai telah diperintah atau dilakukan olehnya dalam tempoh darurat bagi maksud menjamin ketenteraman atau keselamatan awam atau bagi maksud menguatkuasakan mana-mana peraturan, perintah, kaedah, undang-undang kecil, arahan atau notis yang dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta ini, dan tiada apa jua guaman, pendakwaan atau prosiding undang-undang lain boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana orang lain bagi atau oleh kerana atau mengenai apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan olehnya di bawah mana-mana peraturan-peraturan, perintah, kaedah, undang-undang kecil, arahan atau notis mana-mana pegawai awam yang diberi bagi apa-apa maksud seperti tersebut di atas:

Dengan syarat bahawa perbuatan pegawai atau orang itu telah dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan yang munasabah bahawa perbuatan itu adalah perlu bagi maksud yang dicadang untuk dicapai dengan berbuat demikian.

Section 5 — AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979 | mylaw.my