Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA 1979

Seksyen 10

Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan–

(2)

Ketua Pengarah hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif

Perbadanan dan hendaklah melaksanakan tugas dan menjalankan kuasa yang ditetapkan atau diwakilkan kepadanya oleh Perbadanan.

(3)

Orang yang menjadi Pengarah Perbadanan sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini, terhenti daripada menjadi Pengarah; tetapi orang itu hendaklah, tertakluk kepada apa-apa kontrak perkhidmatan atau pekerjaan yang masih berkuat kuasa antaranya dengan

Perbadanan, terus menjadi seorang pekerja Perbadanan atas had dan syarat perkhidmatan atau pekerjaan yang tidak kurang baiknya daripada yang dipakai baginya sebelum sahaja permulaan kuat kuasa

Akta ini, dan boleh dilantik sebagai Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1).

(4)

Jika dalam apa-apa tempoh Ketua Pengarah tidak dapat, atas sesuatu sebab, menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas jawatannya, Menteri boleh melantik mana-mana orang lain untuk memangku jawatan Ketua Pengarah.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 222

Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain