Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA 1979

Seksyen 15

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada–

(a)

wang yang dimiliki oleh Perbadanan sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini;

(b)

wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Kumpulan Wang oleh Parlimen;

(c)

wang yang didapati dari pengendalian apa-apa projek, skim, atau perusahaan yang dibiayai daripada

Kumpulan Wang;

(d)

wang yang didapati atau yang timbul dari apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;

(e)

semua harta, pelaburan, gadai janji, gadaian dan dibentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada

Perbadanan;

(f)

wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 16; dan

(g)

semua wang dan harta lain yang dengan apa cara juapun kena dibayar kepada atau terletak hak pada

Perbadanan mengenai apa-apa perkara bersampingan dengan tugas dan kuasanya.

(3)

Kumpulan Wang bolehlah dibelanjakan bagi maksud–

(a)

membayar perbelanjaan yang dilakukan dengan sewajarnya oleh Perbadanan dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, termasuk saraan, elaun persaraan, pencen dan ganjaran bagi pegawai dan pekhidmat Perbadanan; dan

(b)

memberi pinjaman atau modal bagi–

(i)

mana-mana anak perbadanan yang ditubuhkan atau akan ditubuhkan di bawah seksyen 9; atau

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 17

(ii)

mana-mana syarikat yang ditubuhkan atau diambil alih oleh Perbadanan di bawah seksyen 9.

Kuasa meminjam