Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Lesen untuk menggunakan logo Perbadanan
(2)
Seseorang pemohon bagi mendapatkan suatu lesen di bawah seksyen ini hendaklah, jika dikehendaki oleh
Perbadanan, mengemukakan keluaran kraftangan yang berkenaan dengannya lesen itu dipohon kepada Perbadanan untuk diperiksa dan diuji dan hendaklah memberi kepada
Perbadanan apa-apa maklumat berhubung dengan urusannya atau berhubung dengan keluaran kraftangan itu sebagaimana dikehendaki oleh Perbadanan.
(3)
Sesuatu lesen di bawah seksyen ini adalah sah selama apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Perbadanan dalam lesen itu, tetapi boleh diperbaharui dari semasa ke semasa selama sesuatu tempoh selanjutnya sebagaimana ditetapkan oleh Perbadanan.
(4)
Maka hendaklah dinyatakan dalam tiap-tiap lesen di bawah seksyen ini keluaran kraftangan yang berhubung dengannya orang berlesen itu dibenar menggunakan logo Perbadanan.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 19
Tugas orang berlesen