Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Seseorang yang dilesen di bawah seksyen 21 hendaklah–
(a)
apabila diminta oleh seseorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Perbadanan, membenarkan ia memasuki dan memeriksa dalam waktu kerja premis atau mana-mana bahagian premis di mana keluaran kraftangan kepunyaan orang berlesen itu dikeluar atau disimpan;
(b)
menyenggara apa-apa rekod yang dikehendaki oleh
Perbadanan dan, apabila diminta oleh seseorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Perbadanan mengemukakan mana-mana rekod itu kepada
Perbadanan untuk diperiksa;
(c)
memberi kepada Perbadanan apa-apa maklumat yang dikehendakinya.
Pembatalan dan penggantungan lesen