Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(a)
jika orang itu adalah seorang orang perseorangan, apabila ia mati;
(b)
jika orang itu adalah suatu perbadanan, pertubuhan, atau apa-apa kumpulan orang yang lain, apabila perbadanan, pertubuhan, atau kumpulan itu dibubar atau digulung sama ada secara sukarela atau paksa, atau apabila berlaku pengambilalihan, percantuman, atau penyatuan perbadanan, pertubuhan, atau kumpulan itu oleh atau dengan mana-mana perbadanan, pertubuhan, atau kumpulan lain;
(c)
jika orang itu adalah suatu perkongsian, apabila perkongsian itu dibubarkan;
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 222
(d)
apabila orang itu tidak lagi mengeluarkan keluaran kraftangan yang berhubung dengan lesen itu;
(e)
apabila dipindah milik pemunyaan urusan pengeluaran kraftangan orang itu.
(2)
Jika Perbadanan berpendapat bahawa seseorang yang dilesen di bawah seksyen 21 telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya atau apa-apa had atau syarat lesennya, Perbadanan boleh meminta orang itu menunjukkan sebab kenapa lesennya tidak patut digantung atau dibatalkan, dan jika orang itu tidak hadir untuk menunjukkan sebab atau jika Perbadanan tidak puas hati dengan penjelasannya, Perbadanan boleh menggantung atau membatalkan lesennya.
(3)
Seseorang yang diminta menunjukkan sebab di bawah subseksyen (2) hendaklah diberi oleh Perbadanan butir-butir secara bertulis mengenai pelanggaran atau ketidakpatuhan yang dikatakan terhadapnya, dan dia boleh hadir sendiri atau diwakili oleh seseorang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis.
(4)
Seseorang yang terkilan dengan apa-apa keputusan
Perbadanan di bawah subseksyen (2) boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu diterima olehnya, merayu kepada Menteri yang mana keputusannya adalah muktamad.
(5)
Sesuatu keputusan Perbadanan di bawah subseksyen (2)
berjalan kuat kuasanya dengan serta-merta walaupun ada apa-apa rayuan dibuat di bawah subseksyen (4).
(6)
Seseorang yang lesennya telah dibatalkan atau digantung di bawah seksyen ini hendaklah, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh dia diberitahu mengenai pembatalan atau penggantungan itu, menyerah balik lesennya kepada Perbadanan.
Kesalahan