Malaysia legislation

Section 24

of *AKTA PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA 1979

Seksyen 24

Seorang yang–

(a)

menggunakan logo Perbadanan kecuali berhubung

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 21

dengan sesuatu keluaran kraftangan yang dinyatakan dalam lesen yang diberi kepadanya di bawah seksyen 21;

(b)

menggunakan apa-apa tanda yang menyerupai logo

Perbadanan dengan tujuan untuk menunjukkannya sebagai logo Perbadanan, atau apa-apa tanda yang mengelirukan atau mungkin mengelirukan seseorang lain hingga ia berpendapat bahawa tanda itu adalah logo Perbadanan;

(c)

dalam sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen di bawah seksyen 21 atau sebagai mematuhi suatu kehendak di bawah subseksyen 21(2) atau perenggan 22(c), dengan diketahuinya memberi apa-apa maklumat palsu atau membuat apa-apa pernyataan palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.