Malaysia legislation

Section 29

of *AKTA PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA 1979

Seksyen 29

(2)

Meterai perbadanan yang digunakan oleh Perbadanan sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus menjadi meterai perbadanan bagi Perbadanan melainkan dan sehingga suatu meterai lain diluluskan oleh Perbadanan.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 23

(3)

Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan, dan hendaklah disahkan oleh, orang yang diarahkan oleh Perbadanan

(4)

Semua surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeterai dengan meterai perbadanan bagi

Perbadanan dan disahkan oleh orang yang dalam jagaannya meterai perbadanan itu disimpan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah.

(5)

Meterai Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Arahan Menteri