Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“anak perbadanan” ertinya sesuatu anak perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 9;
“jawatankuasa” ertinya sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 13;
“keluaran kraftangan” ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 222
sebahagiannya kepada kemahiran tangan, dan termasuklah apa-apa keluaran batik; dan “keluaran batik” ertinya apa-apa barang, walau bagaimana pun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 10;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 15;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang disebutkan dalam seksyen 3;
“perusahaan kraftangan”
ertinya apa-apa perusahaan yang menjalankan usaha mengeluarkan keluaran kraftangan;
“syarikat” ertinya sesuatu syarikat yang diperbadankan menurut
Akta Syarikat 1965 [Akta 125].