Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain–
(a)
seorang yang memegang jawatan Peguam Persekutuan dan diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu;
atau
(b)
seorang pegawai Perbadanan yang diberi kuasa oleh
Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Perbadanan bagi maksud itu, boleh membawa apa-apa prosiding sivil bagi pihak Perbadanan atau sesuatu anak perbadanan dan boleh, bagi pihak Perbadanan atau sesuatu anak perbadanan, hadir dalam dan menjalankan mana-mana pembicaraan sedemikian yang dibawa oleh atau terhadap Perbadanan atau anak perbadanan itu dan membuat dan melakukan semua kehadiran, perbuatan, dan permohonan mengenai prosiding itu.
Kuasa membuat peraturan-peraturan