Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA 1979

Seksyen 36

Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan–

(a)

mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 25

penubuhan anak perbadanan di bawah seksyen 9 dan berkaitan dengan anak perbadanan yang ditubuhkan sedemikian;

(b)

menetapkan cara bagaimana dokumen, cek, dan apa jua jenis surat cara patut ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Perbadanan atau mana-mana anak perbadanan;

(c)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;

(d)

menetapkan fi untuk dikenakan dan borang untuk digunakan dalam melaksanakan Bahagian V;

(e)

berkenaan dengan membuka, menyimpan, menutup, dan mengaudit akaun anak perbadanan; dan

(f)

pada amnya untuk menjalankan dengan cara lebih baik peruntukan Akta ini dan fungsi Perbadanan.

Pemansuhan

Section 36 — AKTA PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA 1979