Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
seorang Pengerusi;
(b)
seorang Timbalan Pengerusi;
(c)
Ketua Pengarah; dan
(d)
tidak kurang daripada lima tetapi tidak lebih daripada sembilan anggota lain yang sekurang-kurangnya tiga daripadanya adalah pegawai-pegawai awam.
(2)
Anggota Perbadanan, selain Ketua Pengarah, yang menjadi seorang anggota oleh sebab pelantikannya sebagai Ketua Pengarah, hendaklah dilantik oleh Menteri.
(3)
Menteri hendaklah, berkenaan dengan tiap-tiap anggota
Perbadanan yang adalah pegawai awam, melantik seorang anggota silih ganti yang boleh menghadiri mana-mana mesyuarat Perbadanan yang tidak dapat dihadiri oleh anggota yang berkenaan itu atas sesuatu sebab; dan anggota silih ganti, apabila menghadiri mesyuarat
Perbadanan, hendaklah bagi semua maksud disifatkan sebagai seorang anggota Perbadanan.
(4)
Seseorang anggota Perbadanan, selain Ketua Pengarah, hendaklah, melainkan jika pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan atau ia terlebih dahulu meletakkan jawatan, memegang jawatan selama dua tahun, tetapi adalah layak dilantik semula.
(5)
Tiap-tiap orang yang menjadi anggota atau anggota silih ganti
Perbadanan sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini, terhenti daripada memegang jawatan sebagai anggota atau anggota silih ganti,
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 222