Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA 1979

Seksyen 8

Perbadanan adalah mempunyai kuasa, yang hendaklah dijalankan tertakluk kepada kelulusan terlebih dahulu daripada Menteri, melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu untuk atau bersampingan dengan perjalanan tugasnya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan makna seksyen ini–

(a)

mengadakan kemudahan latihan dan mengawal dan mengawas perlaksanaan projek dan program latihan;

(b)

menghasilkan pengeluaran keluaran kraftangan yang cukup untuk maksud eksport;

(c)

memaju, menghasil, dan membekalkan bahan mentah untuk kegunaan perusahaan kraftangan;

(d)

mengadakan loji, jentera, peralatan, dan alat yang diperlukan oleh perusahaan kraftangan;

(e)

menyebarkan maklumat kepada orang awam mengenai berbagai aspek perusahaan kraftangan;

(f)

menjalankan penyelidikan untuk meninggikan standard perusahaan kraftangan;

(g)

memberi galakan dalam apa jua bentuk atau cara bagi perusahaan kraftangan;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 222

(h)

menubuhkan pusat, pusat-kecil, bengkel, dan premis lain bagi menjalankan penyelidikan dan aktiviti lain yang perlu bagi kemajuan perusahaan kraftangan;

(i)

menubuhkan gudang untuk menyimpan keluaran kraftangan dan bahan mentah bagi membuat keluaran kraftangan;

(j)

menjalankan perniagaan mengeluar, memasar, dan mengeksport keluaran kraftangan secara perdagangan;

(k)

menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan, apa-apa komisen atau bayaran yang telah dipersetujui; dan

(l)

menetapkan dan melevi fi atau caj lain mengenai kemudahan, perkhidmatan, loji, jentera, peralatan, alat dan bahan mentah yang diadakan oleh Perbadanan dalam melaksanakan tugasnya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.

Kuasa menubuhkan anak perbadanan dan syarikat