Malaysia legislation

Section 12

of AKTA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA 1980

Seksyen 12

(2)

Mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen (1)

yang, tanpa kebenaran Majlis, mewakilkan tugasnya untuk menyedia, menilai atau memeriksa soalan atau jawapan peperiksaan kepada seseorang yang tidak diberi kuasa melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3)

Majlis berhak untuk menahan kesemua atau sebahagian daripada apa-apa jua elaun atau fi yang kena dibayar kepada mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) jika sekiranya Majlis dapati kerjanya itu tidak memuaskan.

Kuasa untuk mewakil 12a. (1) Majlis boleh, tertakluk kepada apa-apa sekatan atau syarat sebagaimana yang difikirnya patut dikenakan, secara bertulis mewakilkan kepada mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecil Majlis, atau kepada Ketua Eksekutif atau mana-mana pegawai lain yang dilantik di bawah seksyen 16, semua atau mana-mana kuasa dan tugas yang diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas Majlis di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen 31, dan boleh pada bila-bila masa membatalkan perwakilan tersebut.

(2)

Tiada perwakilan di bawah subseksyen (1) boleh menjejaskan penjalanan mana-mana kuasa atau pelaksanaan mana-mana tugas oleh Majlis.

14

Undang-Undang Malaysia

Akta 225

Kuasa untuk mengambil kerja ejen, penasihat teknik dan orang lain