Malaysia legislation

Section 16

of AKTA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA 1980

Seksyen 16

Majlis boleh melantik, selain Ketua Eksekutif, beberapa orang pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi menjalankan maksud Akta ini, mengikut apa-apa had dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis dengan kelulusan

Menteri.

Bahagian IIIa

TATATERTIB

Jawatankuasa tatatertib 16a. (1) Majlis hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pegawai dan pekhidmatnya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang itu mengikut

Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16d.

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa tatatertib

Majlis berkenaan dengan Ketua Eksekutif Majlis yang terdiri daripada—

(i)

seorang yang dilantik oleh Menteri, yang hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa itu; dan

(ii)

dua orang anggota Majlis yang hendaklah dilantik oleh Majlis; dan

(b)

Majlis boleh menubuhkan, melalui pemberitahuan dalam

Warta, jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori berlainan pegawai atau pekhidmat Majlis.

(3)

Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan (2)(b):

(a)

jawatankuasa tatatertib itu hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota Majlis, selain Pengerusi Majlis, atau pegawai Majlis, atau apa-apa gabungan anggota dan pegawai itu; dan 16

Undang-Undang Malaysia

Akta 225

(b)

seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa tatatertib tidaklah boleh lebih rendah pangkatnya daripada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang ke atasnya jawatankuasa tatatertib yang dianggotainya mempunyai kuasa tatatertib.

(4)

Jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan (2)(b) hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.

(5)

Pada menjalankan fungsi tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa gabungan dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16d.

Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib 16b. (1) Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib di bawah perenggan 16a(2)(a) boleh dirayukan kepada Menteri.

(2)

Sesuatu keputusan mana-mana jawatankuasa tatatertib di bawah perenggan 16a(2)(b) boleh dirayukan kepada Lembaga

Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 16c.

(3)

Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesah, mengakas atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.

(4)

Keputusan Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib di bawah subseksyen (3) adalah muktamad.

Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib 16c. (1) Maka hendaklah ada Lembaga Rayuan Tatatertib Majlis yang terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Pengerusi Majlis, yang hendaklah menjadi pengerusi

Lembaga Rayuan Tatatertib dan mempunyai undi pemutus; dan

Majlis Peperiksaan Malaysia 17

(b)

tiga orang anggota Majlis, yang bukan anggota jawatankuasa tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga

Rayuan Tatatertib dengan kelulusan Majlis bagi maksud rayuan itu.

(2)

Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan yang dibuat di bawah seksyen 16b, seseorang anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga anggota Majlis tidak boleh hadir atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib 16d. (1) Majlis, dengan kelulusan Menteri, boleh membuat peraturan-peraturan untuk mengadakan peruntukan bagi tatatertib pegawai dan pekhidmatnya.

(2)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini—

(a)

boleh mewujudkan kesalahan tatatertib;

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang disifatkan sesuai oleh Majlis, dan hukuman itu boleh meliputi—

(i)

amaran;

(ii)

denda;

(iii)

pelucuthakan emolumen;

(iv)

penangguhan pergerakan gaji;

(v)

pengurangan gaji;

(vi)

penurunan pangkat; dan

(vii)

buang kerja;

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 225

(c)

hendaklah memberi orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang untuk membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib kecuali dalam mana-mana hal yang berikut:

(i)

jika seseorang pegawai atau pekhidmat Majlis dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan salah laku yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;

(ii)

jika Majlis, atas syor Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan

Malaysia atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau

(iii)

jika telah—

(a)

dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Majlis apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi; atau

(b)

dikenakan terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Majlis apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis;

(d)

boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen seseorang pegawai atau pekhidmat Majlis sementara menanti selesainya prosiding jenayah atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya;

dan

(e)

boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan tanpa emolumen seseorang pegawai atau pekhidmat Majlis—

(i)

jika pegawai atau pekhidmat itu telah disabitkan oleh suatu mahkamah jenayah; atau

Majlis Peperiksaan Malaysia 19

(ii)

jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan atau dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat itu.

Pengenaan surcaj 16e. (1) Seseorang yang sedang atau pernah bekerja dengan

Majlis boleh disurcaj jika ternyata kepada Majlis bahawa orang itu—

(a)

tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Majlis yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;

(b)

adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Majlis yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;

(c)

adalah atau pernah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang simpanan atau harta lain Majlis;

(d)

sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

(e)

tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Majlis kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Majlis.

(2)

Majlis hendaklah, sebelum seseorang disurcaj, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj.

(3)

Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis dalam subseksyen (2), Majlis boleh—

(a)

dalam hal perenggan (1)(a), (1)(b) dan (1)(c), mensurcaj terhadap orang itu sejumlah wang yang tidak

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 225

melebihi amaun yang tidak dipungut, atau apa-apa bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, atau kekurangan dalam atau pemusnahan harta yang dilakukan; dan

(b)

dalam hal perenggan (1)(d) dan (1)(e), mensurcaj terhadap orang itu apa-apa jumlah wang sebagaimana yang disifatkan patut oleh Majlis.

(4)

Majlis hendaklah memberitahu orang yang disurcaj berkenaan dengan apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (3).

(5)

Walau apa pun subseksyen (3) dan (4), Majlis boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan

Majlis hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcaj itu tentang penarikan balik itu.

(6)

Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (3) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5)

hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Majlis daripada orang yang disurcaj itu dan boleh didakwa dan didapatkan di dalam mana-mana mahkamah atas guaman Majlis dan boleh juga, jika diarahkan sedemikian oleh Majlis, didapatkan melalui potongan—

(a)

daripada gaji orang yang disurcaj; atau

(b)

daripada pencen orang yang disurcaj, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu per empat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

(7)

Bagi maksud perenggan (1)(d), “pegawai perakaunan”

termasuklah tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan—

(a)

kewajipan untuk memungut, menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaunkan, apa-apa wang dalam Kumpulan Wang;

(b)

kewajipan untuk membuat bayaran, atau yang sebenarnya membuat bayaran, daripada apa-apa wang dalam Kumpulan

Wang; atau

Majlis Peperiksaan Malaysia 21

(c)

penerimaan, penyimpanan atau pelupusan, atau pengakaunan, apa-apa barang simpanan atau harta Majlis, atau yang sebenarnya menerima, memegang, melupuskan atau mengakaunkan barang simpanan atau harta itu.

Majlis boleh menerima pakai peraturan, dsb.