Malaysia legislation

Section 17

of AKTA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA 1980

Seksyen 17

(2)

Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;

(b)

apa-apa fi atau caj yang kena dibayar di bawah Akta ini;

(c)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau diletak hak pada Majlis;

(d)

wang yang didapati atau yang timbul daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau diletak hak pada Majlis; dan

(e)

semua wang atau harta lain yang dengan apa cara jua pun kena dibayar kepada atau diletak hak pada Majlis mengenai apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan tugasnya.

22

Undang-Undang Malaysia

Akta 225

(3)

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud membayar semua perbelanjaan yang dilakukan dengan sewajarnya oleh Majlis dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

(4)

Majlis boleh melabur dalam sekuriti Kerajaan Malaysia atau sekuriti lain yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri

Kewangan wang Kumpulan Wang yang tidak dikehendaki dengan segera untuk dibelanjakan di bawah Akta ini.

Anggaran pendapatan dan perbelanjaan