Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Kewajipan menyimpan rahsia
(a)
hendaklah menyimpan dan membantu menyimpan rahsia berkenaan dengan semua perkara yang sampai kepada pengetahuannya semasa menjalankan atau melaksanakan apa-apa tugas atau fungsi yang ada kaitan dengan pelantikan atau pekerjaannya;
(b)
tidak boleh memberitahu apa-apa perkara sedemikian itu kepada mana-mana orang;
(c)
tidak boleh membiarkan atau membenarkan mana-mana orang mendapat akses kepada apa-apa rekod yang ada dalam milikan, jagaan atau kawalan mana-mana orang yang baginya subseksyen ini terpakai.
Majlis Peperiksaan Malaysia 25
(2)
Subseksyen (1) tidaklah terpakai—
(a)
bagi penzahiran apa-apa maklumat yang dibenarkan untuk dizahirkan atau diberikan oleh Majlis;
(b)
bagi penzahiran maklumat bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang yang dibawa di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa laporan mengenai prosiding sedemikian itu; atau
(c)
bagi penzahiran maklumat bagi maksud apa-apa penyiasatan yang dijalankan di bawah subseksyen 21(3).
(3)
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Merahsiakan markah, skrip jawapan dan data statistik