Malaysia legislation

Section 28

of AKTA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA 1980

Seksyen 28

Akta 225

(2)

Mana-mana orang, sama ada seorang calon bagi sesuatu peperiksaan tertentu ataupun tidak, yang, sebelum atau semasa berlangsungnya peperiksaan bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan sesuatu kertas soalan atau arahan sulit bagi sesuatu peperiksaan tertentu, dengan diketahui menggunakan kandungan kertas atau arahan atau kandungan apa-apa draf, salinan atau rekodnya dengan apa-apa cara dan tanpa diberi kuasa dengan sah untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Majlis Peperiksaan Malaysia 27

(3)

Mana-mana orang yang, sebelum atau semasa berlangsungnya peperiksaan bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan sesuatu kertas soalan atau arahan sulit bagi sesuatu peperiksaan yang dikelolakan oleh Majlis didapati memiliki, menjaga atau mengawal kertas soalan atau arahan atau sebahagian darinya atau mana-mana draf, salinan atau rekodnya tanpa diberi kuasa dengan sah untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Keizinan untuk mendakwa