Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Ketua Eksekutif” ertinya Ketua Eksekutif Majlis yang dilantik di bawah seksyen 14;
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 225
“Ketua Pengarah Pendidikan” ertinya Ketua Pengarah Pendidikan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 3
Akta Pendidikan 1996 [Akta 550];
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan oleh seksyen 17;
“Majlis” ertinya Majlis Peperiksaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pelajaran;
“Pengarah Pendidikan” ertinya Pengarah Pendidikan yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 4 Akta Pendidikan 1996;
“Pengarah Peperiksaan” ertinya Pengarah Peperiksaan yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 7(1) Akta Pendidikan 1996;
“peperiksaan tertentu” ertinya peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“rekod” termasuk rekod maklumat dalam apa-apa bentuk di atas apa-apa bahan, benda, artikel atau apa jua benda sama ada kekal atau sementara;
“Universiti” ertinya—
(a)
suatu Universiti yang ditubuhkan di bawah seksyen 6
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30];
dan
(b)
suatu Universiti yang ditubuhkan di bawah seksyen 1a
Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173].