Malaysia legislation

Section 31

of AKTA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA 1980

Seksyen 31

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

(a)

menetapkan sukatan pelajaran sesuatu peperiksaan tertentu;

(b)

menetapkan syarat masuk dan penganugerahan berkenaan dengan sesuatu peperiksaan tertentu;

(c)

mengenai kelakuan calon semasa berlangsungnya sesuatu peperiksaan tertentu dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perbuatan salah laku, seperti menipu dan menyamar, dan cara bertindak terhadap orang yang terlibat dalam perbuatan salah laku itu;

(d)

menetapkan fi atau caj bagi mana-mana peperiksaan yang dikelolakan oleh Majlis;

28

Undang-Undang Malaysia

Akta 225

(e)

menetapkan fi yang akan dibayar kepada pemeriksa, pengawas peperiksaan dan orang lain yang terlibat mengelola sesuatu peperiksaan tertentu;

(f)

menetapkan cara membuat rayuan bagi mentafahus keputusan sesuatu peperiksaan tertentu;

(g)

mengawal terma dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Majlis dan bagi mengadakan peruntukan mengenai tatatertib mereka; dan

(h)

amnya bagi menjalankan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.

Majlis Peperiksaan Malaysia 29