Malaysia legislation

Section 6

of AKTA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA 1980

Seksyen 6

Akta 225

(2)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi atau orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis.

(3)

Meterai perbadanan itu tidak boleh dicap pada mana-mana surat cara kecuali di hadapan Pengerusi dan seorang anggota lain

Majlis yang hendaklah menandatangani nama mereka pada surat cara itu menandakan meterai itu dicap di hadapan mereka, dan tandatangan itu adalah bukti yang cukup bahawa meterai itu telah dicap dengan sempurna dan sepatutnya dan ialah meterai Majlis yang sah.

(4)

Apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeterai, boleh disempurnakan oleh Majlis dengan cara demikian itu juga dan dokumen atau surat cara sedemikian itu boleh disempurnakan bagi pihak Majlis oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Majlis yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Majlis bagi maksud itu.

(5)

Meterai Majlis hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Tugas Majlis