Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(a)
menyediakan dan menerbitkan sukatan pelajaran peperiksaan;
Majlis Peperiksaan Malaysia 11
(b)
menyediakan kertas peperiksaan;
(c)
menerima masuk atau mendaftar calon; dan
(d)
menganugerahkan sijil.
(2)
Dalam mengelola Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia, Majlis hendaklah berusaha bersama dengan
Universiti, dan boleh selanjutnya berusaha bersama dengan mana-mana orang, badan, pertubuhan, institusi atau pihak berkuasa dalam atau di luar Malaysia.
(3)
Dalam mengelola apa-apa peperiksaan tertentu yang lain,
Majlis boleh berusaha bersama dengan mana-mana orang, badan, pertubuhan, institusi atau pihak berkuasa dalam atau di luar
Malaysia.
(4)
Pada menjalankan tugasnya Majlis hendaklah sentiasa mengambil perhatian tentang betapa mustahak dan perlunya menjaga standard sepatutnya bagi peperiksaan tertentu.
(5)
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), (2), (3) dan (4), Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri, mengelola apa-apa peperiksaan, selain peperiksaan tertentu, dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan itu, bagi mana-mana orang, badan, organisasi, institusi atau pihak berkuasa di dalam atau di luar Malaysia.
(6)
Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini atau perenggan 69(4)(b) Akta Pendidikan 1996, mana-mana orang, badan, organisasi, institusi atau pihak berkuasa di dalam atau di luar Malaysia tidak boleh mengelola apa-apa peperiksaan, selain peperiksaan tertentu yang berhubungan dengan perkara akademik, tanpa suatu kelulusan bertulis Pengarah Peperiksaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 69(1) Akta
Pendidikan 1996.
Bermulanya tugas untuk mengelola suatu peperiksaan tertentu