Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Pencen 13
(2)
Jika seseorang pegawai mencapai umur persaraan paksa lima puluh lima, lima puluh enam, lima puluh lapan atau enam puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan suatu prosiding jenayah atau tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan dia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui mana-mana umur itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi dikira cuti tanpa gaji sehingga kesnya diputuskan.
(3)
Jika prosiding jenayah atau tatatertib di bawah subseksyen (2)
itu tidak berkeputusan dengan dia disabitkan atau dibuang kerja, dia hendaklah bersara apabila mencapai umur lima puluh lima, lima puluh enam, lima puluh lapan atau enam puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan umur persaraan paksanya, dan tempoh perkhidmatan selepas mana-mana umur ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak dikira sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
(4)
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi—
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 227
(a)
Setiausaha kepada Dewan Rakyat atau Setiausaha kepada Dewan Negara; dan
(b)
pegawai yang telah bersara selepas mula berkuat kuasanya Akta ini tetapi sebelum ia disiarkan.
(c)
(Dipotong oleh Akta A1124).
(5)
Yang di-Pertuan
Agong, berkenaan dengan pegawai persekutuan atau pegawai persekutuan tempatan, atau Pihak Berkuasa
Negeri, berkenaan dengan pegawai negeri, boleh menghendaki mana-mana pegawai supaya bersara daripada perkhidmatan awam—
(a)
jika Ketua Pengarah atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah berpuas hati atas keterangan doktor bahawa pegawai itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya, disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal;
(b)
apabila jawatan yang dipegangnya dihapuskan;
(c)
bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu bekerja mudah diperbaiki dan dengan itu menghasilkan lebih lagi kecekapan atau ekonomi;
(d)
atas alasan bahawa pekerjaan pegawai itu telah ditamatkan demi kepentingan awam;
(e)
atas alasan bahawa pegawai itu telah dengan sukarelanya
(selain perkahwinan)
memperoleh kewarganegaraan, atau menggunakan hak kewarganegaraan, atau telah membuat pengisytiharan kesetiaan kepada, mana-mana negara lain selain
Malaysia atau atas alasan bahawa pegawai itu telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya; atau
(f)
atas alasan bahawa pegawai itu telah, bagi maksud pelantikannya ke perkhidmatan awam—
Pencen 15
(i)
membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau secara bertulis, sama ada bersumpah atau selainnya; atau
(ii)
membekalkan apa-apa dokumen, yang adalah palsu, silap, tidak tepat, tidak lengkap, atau mengelirukan atau mungkin mengelirukan, dan pelantikannya ke perkhidmatan awam telah dibuat sebahagiannya atau keseluruhannya dengan bersandarkan atas pernyataan, maklumat atau dokumen itu:
Dengan syarat bahawa persaraan itu di bawah perenggan ini tidak boleh dilaksanakan melainkan pegawai itu telah diberikan peluang yang munasabah untuk membuat representasi ke atasnya kepada
Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(6)
Perenggan (5)(f) hendaklah terpakai hanya bagi pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam selepas mula berkuat kuasanya subseksyen ini.
(7)
Umur persaraan paksa enam puluh tahun yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012.
(8)
Umur persaraan paksa enam puluh tahun yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang pegawai yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun.
(9)
Opsyen bagi umur persaraan paksa enam puluh tahun yang dilaksanakan oleh seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (8)
tidak boleh dibatalkan.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 227
Persaraan dengan kehendak Kerajaan