Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA PENCEN 1980

Seksyen 12

(2)

Jika seseorang pegawai yang dilantik sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini bersara di bawah subseksyen (1), pegawai sedemikian boleh diberikan pencen hanya apabila mencapai umur—

(a)

empat puluh lima tahun bagi—

(i)

seseorang pegawai perempuan;

(ii)

seseorang pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat pegawai rendah dan ke bawah;

Pencen 17

(iii)

seseorang pegawai polis yang berpangkat rendah daripada Penolong Penguasa Polis;

(iv)

seseorang pegawai penjara yang berpangkat rendah daripada Penguasa; dan

(v)

seseorang jururawat lelaki di hospital mental; atau

(b)

lima puluh tahun bagi seseorang pegawai lelaki, selain pegawai yang disebut dalam subperenggan (a)(ii) hingga (v).

(3)

Jika seseorang pegawai yang dilantik selepas mula berkuat kuasanya seksyen ini bersara di bawah subseksyen (1), pegawai sedemikian boleh diberi pencen hanya apabila mencapai umur

*lima puluh lima tahun.

(3A)

Seseorang pegawai yang bersara di bawah subseksyen (1)

boleh diberi ketika persaraannya ganjaran, award wang tunai yang diberi sebagai ganti cuti rehat yang terkumpul atau faedah lain.

(3B)

*(Dipotong oleh Akta A1409).

(4)

Tertakluk pada seksyen 16, jika seseorang pegawai yang telah bersara di bawah subseksyen (1) mati sebelum mencapai umur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun atau lima puluh lima tahun mengikut mana-mana yang berkenaan, Yang di-Pertuan Agong boleh dengan serta-merta memberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan tidak kurang daripada satu perlima daripada gaji yang akhir diterima oleh pegawai yang mati itu dan ganjaran terbitan atau ganjaran terbitan sahaja.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1343).

Persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan