Malaysia legislation
Section 12A
Seksyen 12A
(2)
Jika seseorang pegawai berpencen yang berumur kurang daripada empat puluh lima tahun bagi pegawai perempuan atau kurang daripada lima puluh tahun bagi pegawai lelaki dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim Baru dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain apabila mencapai umur enam puluh tahun jika dia telah berkhidmat dalam pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya untuk suatu tempoh berterusan yang tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam, dan dalam hal sedemikian, apa-apa tempoh perkhidmatan sedemikian dengan pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya di bawah terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim
Baru boleh dimasuk kira bagi maksud memberi pencen, ganjaran atau faedah lain itu kepada pegawai itu.
(2A)
Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2)
yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan
Pencen 19
menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Bagi seseorang pegawai berpencen yang subseksyen (2) tidak terpakai baginya, dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain apabila mencapai umur empat puluh lima tahun bagi pegawai perempuan atau lima puluh tahun bagi pegawai lelaki, jika dia telah berkhidmat dalam pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa ke dalam mana dia telah dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan selama tempoh berterusan tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam atau sehingga dia berumur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut mana yang terdahulu.
(4)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (2) dan (3), jika perkhidmatan pegawai itu ditamatkan oleh pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa ke dalam mana dia dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan atas sebab pengurangan pekerja atau sakit, atau jika kontrak tidak diperbaharui berkenaan dengan pelantikannya dalam pertubuhan antarabangsa itu, dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain.
Sumbangan bulanan kepada Kumpulan Wang Disatukan