Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(a)
(Dipotong oleh Akta A1343).
(b)
jika seseorang pegawai berpencen mati dalam atau selepas tempoh *dua puluh tahun dari tarikh persaraannya dari perkhidmatan awam, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan yang sama banyaknya dengan amaun pencen yang dibayar kepadanya:
Dengan syarat bahawa apa-apa pemberian pencen terbitan selepas tamatnya tempoh *dua puluh tahun dari tarikh persaraannya hendaklah dibuat hanya jika penerimanya—
(i)
berkenaan dengan seseorang balu atau duda, telah
*CATATAN—Kecualian dan peralihan–lihat seksyen 12 Akta Pencen (Pindaan) 2011 [Akta A1409] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.
Pencen 21
berkahwin dengan pegawai yang mati itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
(ii)
berkenaan dengan seseorang anak atau anak tiri tanggungan, adalah seorang anak atau anak tiri tanggungan hasil perkahwinan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
(iii)
berkenaan dengan seseorang anak angkat, adalah seorang anak yang diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; atau
(iv)
berkenaan dengan seseorang anak tidak sah taraf, adalah seorang anak yang dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan.
(2)
Jika seseorang pegawai mati selepas persaraannya tetapi sepanjang tempoh persaraan sebelum kematiannya pencennya telah tidak diberikan atau telah terhenti di bawah seksyen 21, maka subseksyen (1)
hendaklah terpakai dan bagi maksud ini pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai telah menerima pencen itu.
Terhentinya pencen terbitan