Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA PENCEN 1980

Seksyen 16

Pencen terbitan atau elaun bersara terbitan yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah terhenti jika penerimanya—

(a)

(Dipotong oleh Akta A1171);

(b)

seorang anak, selain anak yang cacat otak atau hilang upaya jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri atau seorang anak yang disebut dalam perenggan (c), apabila berkahwin atau apabila mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana yang lebih dahulu; atau

(c)

seorang anak yang sedang mendapat pendidikan di suatu

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 227

institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melebihi pelajaran yang menuju ke arah ijazah pertama, apabila tamat atau berhenti mendapat pendidikan itu atau apabila berkahwin, mengikut mana yang lebih dahulu.

Terhentinya pencen bagi anak yang telah mencapai umur lapan belas tahun disifatkan sah