Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini tidak boleh diserah hak atau dipindah milik, atau ditahan, diasingkan atau dilevi mengenai sesuatu tuntutan kecuali bagi maksud—
(a)
menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan
Persekutuan, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau sesuatu
Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan;
(b)
menunaikan perintah daripada Mahkamah supaya dibayar secara berkala sejumlah wang untuk nafkah bagi isteri atau bekas isteri atau anak yang belum dewasa, sama ada sah taraf atau tidak, pegawai yang telah diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain itu; atau
(c)
menunaikan perintah mahkamah yang dikeluarkan berhubung dengan perkara kebankrapan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengannya.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 227