Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Penggantungan pencen
(2)
Tertakluk pada subseksyen (1), jika seseorang pegawai telah bersara di bawah subperenggan 11(a)(i) dan 11(b)(i) dan dalam tempoh lima tahun persaraannya itu melibatkan dirinya dalam apa-apa aktiviti yang mungkin bercanggah dengan tujuan dia disarakan,
Yang di-Pertuan Agong boleh menggantung pencennya sehingga dia mencapai umur enam puluh tahun atau genapnya tempoh bersara selama lima tahun, mengikut mana yang lebih awal.
(2A)
Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2)
yang telah dilantik semula sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Berkenaan dengan persaraan di bawah subperenggan 11(b)(i), subseksyen (2) hendaklah terpakai hanya bagi pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam selepas mula berkuat kuasanya subseksyen ini.
Pemberian elaun bersara kepada pegawai sementara