Malaysia legislation

Section 24

of *AKTA PENCEN 1980

Seksyen 24

Apabila seseorang pegawai sementara yang terus berkhidmat di bawah Skim Baru bersara di bawah seksyen 10, 11 atau 12,

Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan elaun bersara dan ganjaran yang banyaknya sama dengan tiga per empat daripada pencen dan ganjaran yang masing-masingnya lazim kena dibayar kepada seseorang pegawai berpencen yang bersara di bawah hal keadaan yang sama di bawah Akta ini jika pegawai sementara itu—

(a)

telah berkhidmat terus-menerus dengan Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri sebelum daripada 1 Januari 1976

dan sehingga tarikh persaraanya selepas 1 Januari 1976;

Pencen 27

(b)

telah genap tempoh selama tidak kurang daripada sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira dengan

Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri; dan

(c)

telah pada tarikh pelantikannya tidak kena membayar carum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau kumpulan wang simpanan lain.

Pemberian elaun bersara terbitan kepada pegawai sementara

Section 24 — AKTA PENCEN 1980 | mylaw.my