Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Tertakluk pada seksyen 16—
(a)
jika seseorang pegawai sementara mati dalam perkhidmatan dan sepatutnya menjadi layak mendapat elaun bersara dan ganjaran di bawah seksyen 24 jika sekiranya dia telah bersara pada tarikh kematiannya, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu—
(i)
ganjaran terbitan yang banyaknya sama dengan ganjaran pegawai itu; dan
(ii)
elaun bersara terbitan yang banyaknya sama dengan elaun bersara pegawai itu;
(b)
jika seseorang pegawai sementara yang sedang menerima elaun bersara mati dalam atau selepas tempoh *dua puluh tahun dari tarikh persaraannya, elaun bersara terbitan yang sama banyaknya dengan elaun bersara pegawai itu boleh diberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan:
Dengan syarat bahawa apa-apa pemberian elaun bersara terbitan selepas tamatnya tempoh *dua puluh tahun hendaklah dibuat hanya jika penerimanya—
*CATATAN—Kecualian dan peralihan–lihat seksyen 12 Akta Pencen (Pindaan) 2011 [Akta A1409] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 227
(i)
dalam hal seseorang balu atau duda, telah berkahwin dengan pegawai yang mati itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
(ii)
dalam hal seseorang anak atau anak tiri tanggungan, ialah anak atau anak tiri tanggungan hasil perkahwinan yang telah berlaku semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
(iii)
dalam hal seseorang anak angkat, ialah anak yang diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; atau
(iv)
dalam hal seseorang anak tidak sah taraf, ialah anak yang dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan.
(c)
(Dipotong oleh Akta A1343).