Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PENCEN 1980

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anak” ertinya anak seorang pegawai yang mati—

(a)

iaitu anak yang di bawah umur dua puluh satu tahun dan termasuk—

(i)

anak yang lahir selepas kematian pegawai itu, anak tiri tanggungan dan anak tidak sah taraf pegawai itu; dan

(ii)

anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan

(b)

iaitu seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun;

“gaji yang akhir diterima” ertinya gaji hakiki bulanan yang akhir diterima atau dalam hal persaraan di bawah seksyen 12A gaji hakiki bulanan sebenarnya yang akhir diterima yang dibayar kepadanya oleh pertubuhan itu semasa dia tertakluk pada terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim Baru, dan termasuklah apa-apa elaun berpencen;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;

Pencen 7

“pegawai” ertinya seseorang pegawai yang bekerja sepenuh masa dalam perkhidmatan awam;

“pegawai berpencen” ertinya seseorang pegawai yang telah diberi taraf sebagai seorang pegawai berpencen di bawah seksyen 7 atau yang disifatkan sebagai seorang pegawai berpencen di bawah subseksyen 6A(6C) atau seksyen 8;

“pegawai negeri” ertinya seseorang pegawai dalam perkhidmatan

Kerajaan sesuatu Negeri;

“pegawai persekutuan” ertinya seseorang pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan;

“pegawai persekutuan tempatan” ertinya seseorang pegawai yang direkrut untuk berkhidmat, atau ditukarkan ke perkhidmatan, di bawah

Kerajaan Persekutuan di Sabah atau Sarawak dan tidak ditukarkan secara tetap ke perkhidmatan di luar Sabah atau Sarawak;

“peraturan-peraturan” ertinya mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 5;

“perkhidmatan awam” ertinya—

(a)

Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan;

(b)

Perkhidmatan Awam Am bagi Kerajaan Persekutuan;

(c)

Pasukan Polis;

(d)

Perkhidmatan Kereta api;

(e)

Perkhidmatan Pelajaran;

(f)

Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Kerajaan

Persekutuan dan bagi satu atau beberapa Negeri;

(g)

Perkhidmatan Awam bagi tiap-tiap satu Negeri;

(h)

Perkhidmatan Parlimen; atau 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 227

(i)

mana-mana perkhidmatan lain yang diputuskan oleh

Yang di-Pertuan Agong sebagai perkhidmatan awam bagi maksud Akta ini;

“perkhidmatan awam lain” ertinya perkhidmatan di bawah sesuatu Kerajaan yang dinyatakan dalam Jadual bagi pegawai yang ditukarkan ke perkhidmatan awam;

“perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah peraturan-peraturan itu;

“Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan” ertinya suatu Pihak

Berkuasa Berkanun atau suatu Pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis; dan

“Skim Baru” ertinya gaji dan had serta syarat perkhidmatan yang telah dipinda bagi pegawai dalam perkhidmatan awam berbangkit dari penyemakan gaji dan had serta syarat perkhidmatan bagi pegawai itu yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mulai dari 1 Januari 1976, atau dari apa-apa penyemakan lain kemudiannya yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa.

Pencen, dsb., bukan suatu hak yang mutlak