Malaysia legislation
Section 6A
Seksyen 6A
(2)
Opsyen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa melantik yang berkenaan mengikut sesuatu cara yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Pelaksanaan opsyen oleh seseorang pegawai di bawah seksyen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada masa dia disahkan dalam jawatannya dan hendaklah pada ketika itu menjadi muktamad.
(4)
Apabila seseorang pegawai memilih Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja, peruntukan Akta ini, kecuali seksyen ini, tidak terpakai bagi pegawai sedemikian.
(5)
Seseorang pegawai yang memilih Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja hendaklah bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai umur enam puluh tahun.
(5A)
Subseksyen (5) tidak terpakai bagi seseorang pegawai yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun.
(5B)
Umur persaraan paksa bagi seseorang pegawai yang tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun yang disebut dalam
Pencen 11
subseksyen (5A) hendaklah kekal sama ada lima puluh lima tahun atau lima puluh enam tahun atau lima puluh lapan tahun sebagaimana umur yang telah dipilihnya sebelum 1 Januari 2012.
(5C)
Opsyen bagi umur persaraan paksa enam puluh tahun yang dilaksanakan oleh seseorang pegawai bagi maksud subseksyen (5)
dan (5A) tidak boleh dibatalkan.
(6)
Yang di-Pertuan Agong, berkenaan dengan pegawai persekutuan atau pegawai persekutuan tempatan, atau Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan pegawai negeri, boleh menghendaki seseorang pegawai yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja supaya bersara daripada perkhidmatan awam dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam perenggan 10(5)(a), (b), (c), (d), (e) dan
(f)
atau seksyen 11.
(6A)
Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pegawai yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebelum 1 Januari 2009
dan telah disahkan dalam jawatannya sebelum tarikh itu hendaklah diberikan opsyen untuk memilih pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini.
(6B)
Opsyen yang dibuat di bawah subseksyen (6A) menjadi muktamad pada 1 Februari 2009 dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi pegawai itu mulai tarikh itu.
(6C)
Jika seseorang pegawai telah memilih pencen, ganjaran atau faedah lain menurut subseksyen (6A) dan mati sebelum opsyen itu menjadi muktamad menurut subseksyen (6B), pegawai itu disifatkan menjadi pegawai berpencen dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai baginya mulai tarikh kematiannya.
(7)
Dalam seksyen ini “Skim Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja” merujuk kepada suatu kumpulan wang simpanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991
[Akta 452], termasuklah sesuatu kumpulan wang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 227
Pemberian taraf berpencen