Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA PENCEN 1980

Seksyen 8

Tanpa menyentuh seksyen 7, pegawai yang berikut hendaklah disifatkan menjadi pegawai berpencen:

(a)

seseorang pegawai yang telah dimasukkan atau layak untuk dimasukkan dalam perjawatan berpencen di bawah

Ordinan Pencen 1951 [Ord. 1 tahun 1951] sebelum dari 1

Julai 1977,

Ordinan

Pencen

Sabah 1963

[Ord. 3 tahun 1963] atau Ordinan Pencen Sarawak [Bab 89]

sebelum dari 1 Julai 1978, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

seseorang pegawai tetap dan telah disahkan yang mati dalam perkhidmatan, bersara atas sebab perubatan atau di bawah seksyen 12A sebelum genap sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira; atau

(c)

seseorang pekerja berpencen di bawah Akta Pencen Pihak

Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditukar tetap secara lantikan ke perkhidmatan awam.

Pemberian pencen, dsb.