Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA KUMPULAN WANG BEKALAN AIR NEGERI (TATACARA KEWANGAN DAN PERAKAUNAN) 1980

Seksyen 2

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain ─

*“Jabatan Air” ertinya suatu bahagian dalam Jabatan Kerja Raya bagi

Negeri yang bertanggungjawab bagi bekalan air dan jika bersesuaian, suatu jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab bagi bekalan air;

“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;

“Pengarah” ertinya pegawai yang ditetapkan sebagai sedemikian bagi maksud Akta ini oleh Pihak Berkuasa Negeri dan termasuk seseorang pegawai yang menjalankan kuasanya dan melaksanakan tugasnya menepati dengan arahannya;

“Pihak Berkuasa Air” ertinya pihak berkuasa yang berkenaan yang ditubuhkan di bawah undang-undang Negeri bagi pentadbiran bekalan air dalam Negeri itu;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Pihak

Berkuasa Negeri menurut subseksyen 1(1).