Malaysia legislation
Section 4
of *AKTA KUMPULAN WANG BEKALAN AIR NEGERI (TATACARA KEWANGAN DAN PERAKAUNAN) 1980
Seksyen 4
Walau apa pun peruntukan yang berkaitan dalam Akta Tatacara
Kewangan 1957 atau mana-mana undang-undang bertulis lain, hendaklah dibayar dari semasa ke semasa ke dalam Kumpulan Wang ─
(a)
apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Negeri bagi maksud bekalan air;
(b)
baki yang ada dalam Akaun Amanah Negeri berkenaan yang dinyatakan bagi maksud bekalan air;
(c)
apa-apa jumlah wang yang merupakan hasil daripada apa-apa jua pinjaman yang diperdapatkan oleh Negeri di bawah undang-undang Negeri yang berkenaan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan bagi maksud bekalan air;
(d)
wang yang diperoleh melalui pengendalian sesuatu projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
(e)
segala sewa, hasil jualan, keuntungan dan pendapatan serta hasil lain yang diterima oleh Negeri itu berkenaan dengan bekalan air secara langsung atau tidak langsung daripada aset yang dibayar daripada Kumpulan Wang;
(f)
segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa cara jua pun kena dibayar atau terletak hak pada Negeri itu berkenaan dengan bekalan air sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 230
Penggunaan wang dalam Kumpulan Wang