Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980

Seksyen 21

(1A)

Mana-mana lebuh raya atau bahagiannya yang kos pembinaannya telah atau dibayar daripada Kumpulan Wang hendaklah terletak di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga.

(2)

Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang sedia ada sebaik sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini yang menyentuh mana-mana lebuh raya yang dipindahkan hakmilik itu hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk faedah Lembaga dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah Lembaga telah dinamakan dalamnya atau

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 231

telah menjadi satu pihak kepadanya menggantikan Kerajaan

Persekutuan.

(3)

Berikutan dengan pemberitahuan dalam subseksyen (1), semua tanah yang telah dirizabkan kepada Kerajaan Persekutuan dan, jika berkenaan, dengan persetujuan Kerajaan Negeri yang berkenaan, semua tanah yang dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, bagi maksud lebuh raya itu atau sebahagian daripadanya yang telah dipindahkan hakmilik kepada

Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud

Lembaga dan tiap-tiap rizab itu hendaklah terus tertakluk pada undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang terpakai bagi rizab itu.

Penarikan balik lebuh raya daripada kawalan dan pengurusan

Lembaga

Section 21 — AKTA LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980