Malaysia legislation

Section 21A

of *AKTA LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980

Seksyen 21A

(2)

Jika lebuh raya atau bahagiannya itu ialah jalan Persekutuan di bawah Akta Jalan Persekutuan 1959 atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang lain, atau jika kos pembinaan lebuh raya atau bahagiannya itu dibayar daripada Kumpulan Wang, maka, walau apa pun pemberitahuan di bawah subseksyen (1), lebuh raya atau bahagiannya itu hendaklah terus atau disifatkan menjadi jalan

Persekutuan sewajarnya.

(3)

Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang sedia ada sebaik sebelum tarikh yang dinyatakan dalam pemberitahuan di bawah subseksyen (1) dan yang menyentuh lebuh raya atau bahagiannya yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk faedah Kerajaan Persekutuan, dan boleh dikuatkuasakan dengan

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 23

sepenuhnya dan dengan berkesan, seolah-olah Kerajaan Persekutuan telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya menggantikan Lembaga.

(4)

Bermula dari tarikh yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu di bawah subseksyen (1), semua tanah yang telah dirizabkan atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Lembaga menurut kuasa subseksyen 21(3) dan yang termasuk dalam lebuh raya atau bahagiannya yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu hendaklah disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Kerajaan Persekutuan dan tiap-tiap rizab itu hendaklah terus tertakluk pada undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang terpakai bagi rizab itu.

(5)

Walaupun sesuatu lebuh raya atau bahagiannya telah dihentikan daripada berada di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga menurut kuasa pemberitahuan di bawah subseksyen (1), Menteri boleh mengarahkan Lembaga secara bertulis untuk menyelia atau melaksanakan penyenggaraan, sama ada secara umum atau pada aspek tertentu, lebuh raya atau bahagiannya itu, yang dalam hal demikian semua kos dan perbelanjaan yang dilakukan dalam menjalankan arahan itu hendaklah ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dengan mutlak.

(6)

Walau apa pun pemberitahuan di bawah subseksyen (1), apa-apa perintah di bawah seksyen 15 yang berhubungan dengan tol berkenaan dengan lebuh raya atau bahagiannya yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.