Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Pengurangan elaun oleh Parlimen
Amaun yang dinyatakan dalam atau di bawah Akta ini sebagai amaun bagi apa-apa gaji, elaun atau faedah yang kena dibayar daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dan tidak dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan hendaklah dianggap sebagai amaun maksimum yang boleh dibayar sedemikian, dan walau apa pun peruntukan Akta ini atau peruntukan yang dibuat di bawahnya tentang amaun itu, gaji, elaun dan faedah yang kena dibayar dalam mana-mana bulan bagi apa-apa jawatan boleh kurang amaunnya daripada amaun yang dinyatakan atau ditetapkan itu.