Malaysia legislation

Section 4

of AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980

Seksyen 4

Saraan bagi Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua

Dewan Negara dan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua

(a)

dalam hal Yang di-Pertua Dewan Negara, gaji bulanan sebanyak tiga puluh satu ribu ringgit sebagai tambahan kepada elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Negara sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(a);

(b)

dalam hal Yang di-Pertua Dewan Rakyat, gaji bulanan sebanyak tiga puluh satu ribu ringgit sebagai tambahan kepada elaun bulanan yang kena dibayar kepada ahli

Dewan Rakyat sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b) tidak kira sama ada Yang di-Pertua itu ahli Dewan Rakyat atau tidak;

(c)

dalam hal Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, gaji bulanan sebanyak dua puluh dua ribu ringgit sebagai tambahan kepada elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Negara sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(a);

Ahli Parlimen (Saraan)

(d)

dalam hal Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, gaji bulanan sebanyak dua puluh dua ribu ringgit sebagai tambahan kepada elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Rakyat sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b).

Elaun dan keistimewaan lain bagi orang di bawah seksyen 3 dan 4