Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Saraan bagi Anggota Pentadbiran
(a)
dalam hal Perdana Menteri, gaji bulanan sebanyak dua puluh dua ribu lapan ratus dua puluh enam ringgit dan enam puluh lima sen;
(b)
dalam hal Timbalan Perdana Menteri, gaji bulanan sebanyak lapan belas ribu satu ratus enam puluh lapan ringgit dan lima belas sen;
(c)
dalam hal Menteri, gaji bulanan sebanyak empat belas ribu sembilan ratus tujuh ringgit dan dua puluh sen;
(d)
dalam hal Timbalan Menteri, gaji bulanan sebanyak sepuluh ribu lapan ratus empat puluh tujuh ringgit dan enam puluh lima sen;
(e)
dalam hal Setiausaha Parlimen, gaji bulanan sebanyak tujuh ribu satu ratus lapan puluh tujuh ringgit dan empat puluh sen.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 237
(2)
Jika seseorang Anggota Pentadbiran ialah ahli Dewan
Negara, dia adalah berhak, sebagai tambahan kepada gaji yang dinyatakan dalam subseksyen (1), mendapat elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Negara sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(a).
(b)
Jika seseorang Anggota Pentadbiran ialah ahli Dewan
Rakyat, dia adalah berhak, sebagai tambahan kepada gaji yang dinyatakan dalam subseksyen (1), mendapat elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Rakyat sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b).
(3)
Jika seseorang Anggota Pentadbiran dilantik sebagai Ketua
Dewan Rakyat, dia adalah berhak, sebagai tambahan kepada gaji yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan elaun bulanan yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b), mendapat elaun bulanan sebanyak tiga ribu lapan ratus empat puluh enam ringgit dan lima puluh sembilan sen.
(4)
Jika seseorang Anggota Pentadbiran dilantik sebagai Timbalan
Ketua Dewan Rakyat, dia adalah berhak, sebagai tambahan kepada gaji yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan elaun bulanan yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b), mendapat elaun bulanan sebanyak satu ribu sembilan ratus lapan puluh tiga ringgit dan sembilan belas sen.
(5)
Anggota Pentadbiran adalah juga berhak mendapat apa-apa elaun dan keistimewaan lain mengikut apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Jemaah Menteri dari semasa ke semasa.
Permulaan gaji dan elaun