Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Semua gaji dan elaun bulanan yang dinyatakan dalam subseksyen 3(1) dan (2), seksyen 4 dan subseksyen 6(1), (2), (3)
dan (4) dan yang kena dibayar hendaklah—
(a)
bermula dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, atau dari tarikh pelantikan atau pemilihan, mengikut mana-mana yang terkemudian, Ahli Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara,
Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan
Rakyat, Anggota Pentadbiran, Ketua atau Timbalan
Ketua Dewan Rakyat atau Ketua Pembangkang, mengikut mana-mana yang berkenaan;
Ahli Parlimen (Saraan)
(b)
terakru dari hari ke hari dan kena dibayar pada hari terakhir dalam tiap-tiap bulan atau mana-mana hari lain dalam bulan yang berkenaan sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri Kewangan dari semasa ke semasa.
Pencen dan ganjaran