Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1980

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“gaji” ertinya gaji bulanan termasuklah apa-apa elaun berpencen yang kena dibayar mengikut tangga gaji dalam Skim Baru;

“gaji yang akhir diterima” ertinya gaji hakiki bulanan sebenarnya yang akhir diterima yang dibayar kepada seseorang pekerja sebelum dia bersara atau mati atau dalam hal persaraan di bawah subseksyen 13(2) gaji hakiki bulanan sebenarnya yang akhir diterima yang dibayar kepadanya oleh pertubuhan itu semasa dia menikmati terma dan syarat yang sama seperti di dalam Skim Baru; dengan syarat bahawa bagi seseorang pekerja yang menerima apa-apa elaun berpencen, elaun berpencen itu hendaklah menjadi sebahagian daripada gaji yang akhir diterimanya;

“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja” ertinya kumpulan wang simpanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan

Pekerja 1991 [Akta 452], termasuk sesuatu kumpulan wang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu;

“majikan” ertinya pihak berkuasa berkanun atau tempatan;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pencen;

“pekerja” ertinya seseorang yang bekerja sepenuh masa dalam pihak berkuasa berkanun atau tempatan;

“pekerja berpencen” ertinya seseorang pekerja yang telah diberikan taraf berpencen di bawah seksyen 6 atau yang disifatkan sebagai telah diberikan taraf berpencen di bawah subseksyen 6A(6C) atau seksyen 7;

“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 28;

“perkhidmatan”

ertinya perkhidmatan di bawah

Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri, atau dalam mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan;

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 7

“perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah peraturan-peraturan itu;

“pihak berkuasa berkanun atau tempatan” ertinya pihak berkuasa berkanun atau tempatan dalam had bidang Skim Baru;

“pihak berkuasa pencen” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya;

“pihak berkuasa yang berkenaan” ertinya lembaga atau badan pengurus sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan;

“Skim Baru” ertinya gaji dan had serta syarat perkhidmatan yang telah dipinda bagi pekerja dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan berbangkit dari penyemakan gaji dan had serta syarat perkhidmatan bagi pekerja itu yang dibuat oleh Kerajaan mulai dari 1 Januari 1976, atau dari apa-apa penyemakan lain kemudiannya yang dibuat atau diluluskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;

“Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja” ertinya suatu skim yang di bawahnya seseorang pekerja terhenti menjadi layak diberikan taraf pekerja berpencen atau terhenti menjadi pekerja berpencen dan sebagai ganti dikehendaki mencarum, bersama-sama dengan majikannya, kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;

“Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja” ertinya suatu skim yang di bawahnya seseorang pekerja terus menjadi pekerja berpencen dan dikehendaki mencarum, apabila opsyennya mula berkuat kuasa dan menurut kuasa opsyennya, kepada Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja.