Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Jadual 2 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 [Akta 169]
yang disebut “Akta ibu” dalam Bab ini, dipinda—
*CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Bank dan Institusi-Institusi
Kewangan 1989 [Akta 372]—lihat subseksyen 128(1) Akta 372 dan kemudiannya dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]—lihat seksyen 271 Akta 758.
(a)
dengan memotong perkataan “(termasuk perolehan secara paksa di bawah mana-mana undang-undang)” yang terdapat dalam perenggan 2;
(b)
dengan memasukkan perkataan “pemindahmilikan aset di antara suami isteri atau”
sebaik sebelum perkataan “pemindahmilikan aset” yang terdapat dalam subperenggan 3(b);
(c)
dengan menggantikan noktah yang terdapat pada penghujung subperenggan 3(e) dengan perkataan “; atau”;
(d)
dengan memasukkan sebaik selepas subperenggan 3(e), subperenggan yang berikut:
“(f) pelupusan aset akibat daripada pengambilan secara paksa di bawah mana-mana undang-undang.”;
(e)
dengan menggantikan noktah yang terdapat pada penghujung subperenggan 9(d) dengan perkataan “; atau”;
(f)
dengan memasukkan sebaik selepas subperenggan 9(d), subperenggan baharu (e) yang berikut:
“(e) jika seksyen 25(2) terpakai.”;
(g)
dengan menggantikan subperenggan 17(1)
dengan subperenggan baharu (1) yang berikut:
“(1) Tertakluk kepada perenggan ini, jika dengan kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah—
(a)
sesuatu aset dipindahmilik antara syarikat-syarikat dalam kumpulan yang sama untuk menambah kecekapan dalam perjalanan bagi suatu balasan terdiri daripada syer-syer dalam syarikat itu atau sebahagian besarnya daripada syer-syer dalam syarikat itu dan bakinya dengan bayaran wang;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 264
(b)
sesuatu aset dipindahmilik bagi apa-apa balasan antara syarikat-syarikat di dalam apa-apa skim penubuhan semula, penyusunan semula atau pencantuman; atau
(c)
sesuatu aset yang dibahagi oleh likuidator syarikat dan likuidasi syarikat itu dibuat di bawah skim penubuhan semula, penyusunan semula atau pencantuman;
dan syarikat penerima pindahmilik bermastautin di
Malaysia, pindah milikan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu pelupusan atas mana syarikat pemindah milik atau likuidator tidak menerima apa-apa keuntungan dan tidak menanggung apa-apa kerugian:
Dengan syarat bahawa tiada kelulusan boleh diberi bagi apa-apa pindahmilik atau pembahagian aset dalam apa-apa skim di bawah subperenggan (1)(b) atau (1)(c)
melainkan
Ketua
Pengarah berpuashati aset itu dipindahmilik kepada sesuatu syarikat yang bermastautin dalam Malaysia untuk melaksanakan apa-apa skim yang berkaitan secara langsung dengan apa-apa pindahmilik atau pembahagian kepunyaan aset dalam Malaysia dengan mematuhi dasar Kerajaan mengenai penyertaan modal dalam perindustrian.”;
(h)
dengan menggantikan subperenggan 19(5)
dengan subperenggan yang berikut:
“(5) Jika sesuatu aset yang telah dipindahmilik di bawah perenggan 3(b) telah kemudiannya dilupuskan oleh suami/isteri atau syarikat itu, pelupus itu hendaklah disifatkan sebagai telah memperolehi aset itu dengan harga perolehan bersamaan dengan harga perolehan yang dibayar oleh pemindah milik termasuk perbelanjaan yang dibenar yang dilakukan oleh pemindahmilik atau, jika aset itu diperolehi oleh pemindah milik sebelum 1hb
Januari 1970, nilai pasaran aset itu pada 1 Januari 1970
Kewangan 17
termasuk perbelanjaan yang benar yang dilakukan oleh pemindahmilik mulai dari 1hb Januari 1970 ditolak jumlah wang dari jenis yang disebut dalam perenggan 4(1)(a), (b) atau (c) yang diterima oleh atau dilucut hak, mengikut mana yang berkenaan, kepada pemindah milik mulai dari 1hb Januari 1970;”; dan
(i)
dengan menggantikan perkataan “bayaran pendahuluan sebagaimana ditetapkan dalam perjanjian)”
dalam subperenggan 24(3)
perkataan
“bayaran pendahuluan)
sebagaimana ditetapkan dalam perjanjian”.
Pindaan Jadual 5